Sejarah Ringkas Penubuhan Dan Latar Belakang Sekolah
Pada bulan
Oktober tahun 2008 beberapa individu sukarelawan Puncak Alam telah mengadakan
mesyuarat dengan Pengetua Ma`had Tahfiz al-Quran Sabil al-Rashad Klang, iaitu
Ustaz Abdul Aziz b. Mohd Sahar untuk
menyusun gerak kerja serta merangka satu sistem pengajian tahfiz di Puncak Alam
mengikut keperluan dan kehendak masyarakat di sini. Di samping itu, Pengetua
Ma`had sendiri telah pun mempunyai konsep serta teknik pengajian dan
hafazan yang berbentuk Talaqqi dan
Tasme` yang terbukti berkesan terhadap pengukuhan al-Quran untuk jangka panjang
pada anak-anak didik beliau
Bermula dari
hasrat masyarakat yang inginkan supaya ditubuhkan satu Ma`had Tahfiz di Puncak
Alam, maka terbentuklah Jawatan Kuasa Pengurusan Ma`had Tahfiz al-Quran Sabil
al-Rashad Puncak Alam yang di anggotai oleh beberapa individu di sekitar Puncak
Alam.
Operasi sekolah
Ma’had Tahfiz di Puncak Alam telah bermula pada 8 Januari 2009 dan telah
dirasmikan pada 3 Februari 2009 dengan hanya 6 orang pelajar lelaki sahaja
berumur antara 9 tahun hingga 12 tahun. Kini jumlah pelajar meningkat seramai
38 orang. Semua pelajar ditempatkan di
sebuah rumah yang diinfaqkan oleh seorang penduduk di situ untuk dijadikan
asrama 1 dan sebuah lagi rumah yang kedua dijadikan asrama 2. Waktu pengajian
bermula pada jam 6.30 pagi selepas qiamulail dan solat suboh dan berakhir pada
jam 10.00 malam. Ruang asrama digunakan sebagai tempat rehat, tempat makan
serta tempat pengajian dan solat berjemaah. Pada jam 5.00 hingga 6.30 petang,
pelajar akan beriadah di padang berdekatan dengan surau tersebut.
Pada tahun 2011
hingga 2012 bilangan pelajar semakin bertambah dan pihak pengurusan terpaksa
menambahkan prasarana fizikal seperti bilik air , tandas, meluaskan ruang
dapur, menambahkan mesin basuh dan penyidai kain dan berbagai-bagai lagi
kemudahan infrastruktur. Pada tahun 2013, pihak sekolah mendapat sedikit
peruntukan dari LZS untuk menaik taraf asrama dengan membeli katil tingkat dan
kabinet locker baju untuk kemudahan pelajar-pelajar. Sementara itu, mobile
whiteboard sebanyak 2 unit ditambah untuk kemudahan tuisyen akademik dan
addiniyah.
0 comments:
Post a Comment