YB Dr Dzul menanam pokok sebagai simbolik penubuhan maahad tahfiz.
15 Februari 2009 :
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Yang Maha Esa kerana pada hari ini
telah tertubuhnya satu lagi cawangan Maahad Tahfiz Al-Quran Sabil
Al-Rasyad di Bandar Puncak Alam, Selangor.
Majlis
yang cukup bersejarah ini telah dimulai dengan upacara solat 'Asar
secara berjamaah di Surau Hj Ismail Fasa 3 seterusnya bacaan doa selamat
dan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Maahad Sdr Abd. Ghaffar Abd Rasip
serta ucapan penerangan asal-usul nama maahad diambil oleh pengasas
maahad merangkap mudir iaitu Al-fadzil Ustaz Abdul Aziz Sahar.
Akhirnya
majlis penubuhan maahad ini telah disempurnakan oleh YB Dr Dzulkefly
Ahmad Ahli Parlimen Kuala Selangor yang sudi meluang masa bersama rakyat
di sini. YB juga telah menanam sebatang pokok sebagai simbol bahawa
ilmu itu ibarat pokok yang mengeluarkan buah yang akan dinikmati dan
dimanafaatkan oleh orang ramai selagimana kita menjagai dan membajainya
dengan baik.
Mahaad
ini ketika ini mempunyai seramai empat (4) orang murid sepenuh masa dan
empat (4) lagi separuh masa dan beroperasi di alamat No 1, lorong
Cakera Purnama 12/14, Fasa 3, Bandar Puncak Alam, Selangor.
Sebarang
sumbangan dan pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan Pengerusi
Maahad Sdr Abd. Ghaffar Abd Rasip 013-2683747 dan Setiausaha Maahad Pn
Raja 017-7741166.